Thursday, December 27, 2012

Muhammad Afiq Bin Mohd Nizamuddin


ALHAMDULILLAH.


Setelah beberapa minggu, aku dan isteri saling ganti mengajar huruf hijai'yah (huruf-huruf al-quran) kepada Muhammad Afiq (10 bulan). Mengikut teknik flash card.

Dan malam ini (26/12/2012), aku berkesempatan untuk mengajarnya lagi. Selepas seketika mengajar, tiba-tiba terdetik hati aku nak menduga, benarkah cara yang kami ajar padanya akan berhasil.

Dan, alhamdulillah. Memang berhasil. Buat permulaan, kami mengajar huruf ALIF hingga HA.



Sayalah Muhammad Afiq.


Bagi membuat perbandingan pemahaman anak tersebut, kita tunjukkan 2 kad huruf hijaiyah, kemudian kita sebut salah satu huruf itu. Pada permulaan, afiq akan melihat sahaja huruf yang disebut. Alhamdulillah, setelah berulang kali afiq boleh menunjukkan kad yang disebut.




Mama & Muhammad Afiq.




In Sha Allah, mari kita bersama-sama membentuk anak-anak kita dengan al-quran. Sesiapa yang dapat menguasai al-quran dan mengamalkannya, mereka akan berjaya dunia dan akhirat.



Kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang ingin maklumat lebih lanjut boleh jalan-jalan di blog http://darwishndarwisya.blogspot.com/ 

Banyak bahan-bahan rujukan dan persoalan yang mungkin akan terjawab. Selamat mengajar.



No comments:

Post a Comment