Wednesday, December 26, 2012

Rombongan Mak Timah & Keluarga ke LUMUT, Perak.

Salam semua, kali ni rombongan Mak Timah dan keluarga telah pergi ke LUMUT, perak. Agenda utama adalah untuk bercuti-cuti. Sambil itu, konon-konon nak menjamah durian KG BOTA semasa dalam perjalanan. Tapi apakan nasib, mmg dah habis musim kot. Sepanjang jalan tak nampak pun peniaga durian.
Fuhhh...... (selamat duit Mak Timah).
:)

Kami bertolak dari Telok Panglima Garang lebih kurang pukul 10.30 pagi. Kemudian sampai di rumah Wak Sajuli (bapak abg long) jam 11.40 pagi. Memang perancangannya makan tengah hari bersama-sama. Jam 12.30 t/hari mula bergerak ke Lumut.

Lepas solat Qasar di Masjid di Kg Baharu, Bota. Dengan harapan dapat la menjamah durian.

Pandangan Pulau Pangkor dari penginapan kami. Mmg berbaloi dpt rumah paling atas. Kan...??? Kan..???
:)

Hari pertama sampai, tak banyak aktiviti yang dibuat. Hanya menaikkan lemak dah menambahkan kolesterol jer.


HARI KEDUA (24-12-2012)

SEBELUM bermulanya ekspedisi menawan LAUT HINDI. Ngeeeeeee.. 

Selamba badak jer... Badak pun tak selamba macam dia.


SEMASA ekspedisi menawan LAUT HINDI (kihkihkihhh....) Lihat sahaja gelagat peserta. Aliff Firdaus bukan nangis ni tau, dia sanggggaatttttt teruja naik 'speedboat'. 

Amacam, ada berani...????

Inilah little 'princess' aku. Iman Syaza Wafiah gerangannya. Semakin besar, semakin bijak dah semakin cerdik. 

Iman Syaza Wafiah.



Aktiviti malam kedua ialah makan steambot dan bertukar-tukar hadiah. Yang bestnya bila ramai-ramai macam ni lah melantak tak ingat.


Hj. Basiran mendoakan kesejahteraan sekeluarga.

Mak Timah & cucu the gang's


Majlis bertukar2 hadiah.

Hakim kepada Piya.
Yana kepada Syaza.

Mok Su Pah kpd Mak Ngah.

Abg Long bg pd Ayah.


Perghh.... Haji Basiran dpt hadiah paling mahal ooooooo..
Tak dpt kereta JAGUAR, dpt jam pun jadi la yer. Senyum lebar. Sampai sok pagi bleh x ingat walet dia. Hikhikhikkk...




HARI KETIGA (25-12-2012)

Bersiap-siap untuk check out. 



Keluarga Hj. Basiran
Inilah ahli-ahli tetap Haji Basiran : 
Isteri baru sorang, anak lelaki 3 orang, anak perempuan 3 orang, menantu 6 orang, cucu lelaki 5 orang, cucu perempuan 5 orang. InSha Allah, tahun 2013 akan ada pertambahan ahli baru. Dijangkakan 2 orang pertambahan ahli, tapi mana tau kan dalam diam masing2 ni.
:)

Keluarga Bard la nie.



Sajer jenjalan @Menara Condong, Teluk Intan.


Yang pasti, couple ni menyumbang kepada ahli baru.

Para jurutera sedang berbincang.
Jurutera masih lagi berbincang bagaimana nak bagi tegak balik menara ni. Masih belum dapat menyelesaikannya.



Budak-budak 2 ringgit. Jumpe je, mintak 2 ringgit.



Pekerja yang baru dibawa masuk dari sempadan vietnam-kemboja bagi menahan menara condong itu dari terus condong. Dalam erti kata lain, nak bagi tegak la tue.
HAhahhaaaahaa...

Antara pekerja yang sangat berdidikasi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Jika sebelum ini, pekerja yang dibawa dari vitenam-kemboja diupah untuk menahan, tetapi pekerja ini yg dibawa khas dari timur laut MONGOLIA (kihkihkihh) begitu sangat kuat untuk 'mengendong' atau memikul menara ini.
Itulah kehebatannya...




No comments:

Post a Comment