Saturday, September 15, 2012

TAKZIAH

Assalamualaikum w.b.t.

Pada tanggal 27 Syawal 1433 Hijrah bersamaan dengan 14 September 2012, perginya seorang saudara terdekat aku. Beliau merupakan seorang anggota masyarakat yang amat dikenali dan aktif dikampung. Beliau juga sangat berdedikasi dalam memberi pendidikan kepada anak-anak sehingga berjaya.

Itulah allahyarham En. Omar Bin Ahmad. Semoga seisi keluarga beliau tabah dalam menerima ketentuan ilahi. Dan peringatan buat keluarga beliau dan juga kita, umat nabi Muhammad, bahawa sesungguhnya tiada yang kekal selamaya kecuali ALLAH s.w.t.
Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati. Itulah hukum alam.

Kematian juga merupakan : 
- peringatan untuk mereka-mereka yang masih hidup supaya sentiasa mengingati Yang Maha Pencipta.
- merupakan tempat untuk merehatkan roh dari kedukaan dunia.


Setiap manusia mempunyai ketentuan ajal yang sememangnya telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, tidak terdahulu atau terkemudian daripada masa yang telah ditetapkan yang mana ia tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah juga mahukan agar setiap hamba-Nya redha dengan qada' dan qadar ALLAH S.W.T.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Dengan itu diharapkan agar anak-anak allahyarham dapat selalu berdoa untuk allahyarham. Tiada yang lebih afdal daripada doa oleh anak-anaknya.

Semoga allahyarham diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat syafaat Nabi Muhammad.

Al-fatihah.....................



No comments:

Post a Comment