Monday, September 17, 2012

AQIQAH @ RUMAH AZAM

Bermulanya kisah perjalanan seorang khalifah ALLAH bernama MUHAMMAD AMIR ASYRAFF setelah melalui pelbagai dugaan dan rintangan. 

Tanggal 29 Syawwal 1433 Hijrah (hari terakhir dalam bulan Syawwal) bersamaan dengan 16 September 2012, merupakan antara detik-detik penting perjalanan seorang hamba ALLAH apabila telah selamat di aqiqahkan.

Aqiqah ialah sembelihan binatang tertentu sebagai tanda kesyukuran kpd ALLAH s.w.t. Hukumnya pula ialah sunnah mu'akkad bg orang yang menanggung sara hidup anak-anak tersebut. Disunatkan juga  menyembelih 2 ekor kambing ng anak-anak lelaki, manakala 1 ekor kambing bagi anak-anak perempuan. Binatang seperti unta, kerbau atau lembu juga dibolehkan dengan membahagikan kepada tujuh bahagian.



Rumah dimana majlis Aqiqah berlangsung.

Antara tetamu yang memeriahkan majlis.


Haji Kambali memulakan majlis tahlil. 

Diikuti dengan bacaan berzanji.


MUHAMMAD AMIR ASYRAFF bersedia untuk
dikenalkan kepada para tetamu.

Bermula dengan Haji Basiran, pak mertua  Azam ler,
dan pak mertua aku. Hahahhaaaa..





Pembantu majlis, Abg Long.

Antara tetamu yang diberi penghormatan.

Antara tetamu yang diberi penghormatan.














Mak si Fizah @ mertua si Azam. 





Photoshop @ kedai foto.
Ngeeeeeeeee...




Macam-macam ada.


Haji Basiran & Haji Kambali


Pembesar dr Gunung Tahan (Luqman Hakim).
heheheehhehee...


Dah macam mengkarung..... 
Macam biasa, TESTER makanan...


Saturday, September 15, 2012

TAKZIAH

Assalamualaikum w.b.t.

Pada tanggal 27 Syawal 1433 Hijrah bersamaan dengan 14 September 2012, perginya seorang saudara terdekat aku. Beliau merupakan seorang anggota masyarakat yang amat dikenali dan aktif dikampung. Beliau juga sangat berdedikasi dalam memberi pendidikan kepada anak-anak sehingga berjaya.

Itulah allahyarham En. Omar Bin Ahmad. Semoga seisi keluarga beliau tabah dalam menerima ketentuan ilahi. Dan peringatan buat keluarga beliau dan juga kita, umat nabi Muhammad, bahawa sesungguhnya tiada yang kekal selamaya kecuali ALLAH s.w.t.
Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati. Itulah hukum alam.

Kematian juga merupakan : 
- peringatan untuk mereka-mereka yang masih hidup supaya sentiasa mengingati Yang Maha Pencipta.
- merupakan tempat untuk merehatkan roh dari kedukaan dunia.


Setiap manusia mempunyai ketentuan ajal yang sememangnya telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, tidak terdahulu atau terkemudian daripada masa yang telah ditetapkan yang mana ia tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah juga mahukan agar setiap hamba-Nya redha dengan qada' dan qadar ALLAH S.W.T.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Dengan itu diharapkan agar anak-anak allahyarham dapat selalu berdoa untuk allahyarham. Tiada yang lebih afdal daripada doa oleh anak-anaknya.

Semoga allahyarham diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat syafaat Nabi Muhammad.

Al-fatihah.....................



Saturday, September 8, 2012

KENALI KELUARGA SAIDON

KELUARGA HAJI SAIDON.

Meh aku perkenalkan dengan keluarga aku. Bermula dengan pasangan yang melahirkan kami adik beradik. 

Abah@bapak aku merupakan pesara guru sekolah rendah. Beliau pencen sekitar tahun 1991 (kalau tak salah aku la). Selepas pencen beliau meneruskan kerjaya baru sebagai pekebun. Mungkin berkat dari kesabarannya dan sikap suka menabung serta menolong orang, ALLAH S.W.T memberikan rezeki yang seadanya. Bapak aku mampu untuk membeli beberapa bidang tanah.

Mungkin betul juga pesan orang-orang tua dulu. Menabunglah... Simpanlah duit... 
Dan juga peribahasa melayu, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".


Mak & bapak aku.
Nama sebenar: Saidon
Nama glamour: cikgu saidon,lek edon, wak long (antara nama-nama glamour bapak aku)
Nama sebenar: Siti Fatimah
Nama glamour: tim,kak tim 


Bohonglah kalau tiada ombak dilautan.
Bohonglah kalau makan tidak pernah tergigit lidah.
Bohonglah kalau dalam keluarga tiada masalah.

Telah menjadi asam garam setiap hidupan didunia ini akan diuji oleh Yang Maha Pencipta. Setiap ujian pastinya pahit. Dan yang pahit itu nanti akan menghasilkan yang manis pada akhirnya.

Dan setiap JANJI-JANJI ALLAH itu sentiasa DITEPATI. Antara janji-janji ALLAH didalam al-quran:
1)SUNGGUH BERUNTUNG ORANG-ORANG YANG BERTAQWA - Surah Al-Baqarah: 2-5
2) JANJI ALLAH PADA MEREKA YG BERIMAN - Surah Al-Baqarah: 25
3) BALASAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK - Surah Al-Baqarah: 58
4)  JANJI ALLAH PADA ORANG YG SUKA BERKATA BAIK DAN MEMAAFKAN - Surah Al-Baqarah: 263


KELUARGA KAK ROS.

Anak pertama hasil dari perkahwinan bapak aku dengan kakak mak aku sekarang. "Salin tikar" ler  kalau orang jawa cakap. Mati kakak pastu kahwin adik atau sebaliknya.


Kak Ros & Abg Norman 
Nama sebenar: Hafsah
Nama glamour: Kak Ros (tak ke jauh dengan nama betul?), kak besah, mak long.
Nama suami: Norman
Nama glamour: Pak long, abg man, wak dud, duding (ni glamour masa aktif main bola sepak).
Bilangan anak: 3 orang (2 lelaki 1 perempuan).

Dia cakap kuota anak dah cukup. Tak boleh nak buat lagi. Kilang dah tutup production ( Kihkihkihkihhhhhh......).


KELUARGA ABG FUZI.

Kak Ita & Abg Fuzi
Anak kedua.

Nama sebenar: Mohd Fuzi
Nama glamour: Abg Puzi, Wak Jek, Kanda (panggilan DINDA dia ler).
Nama isteri : Dayang Sofia (yer kot. hahahhaa.. nanti aku update kalau salah yer)
Nama glamour: Kak ita, kak dayang, wak ita dan fuzidss (panggilan glamour utk orang2 streamyx dia. ahhahahahahahhhaa).
Bilangan anak: 5 orang (4 lelaki 1 perempuan).

Merupakan penyumbang terbesar keahlian dalam keluarga HAJI SAIDON setakat ini. Nantikan keluarga mana yang boleh challenge.
Ngeeeeeeeeeeeeeeee...



KELUARGA ABG RAFI.

Abg Rafi & Kak Ina
Anak ketiga.

Nama sebenar: Mohd Rafi
Nama glamour: Abg rafi, wak rapi, ustaz (ni orang-orang bengkel yang panggil.)
Nama isteri : Hahahahaa... betul, aku tak ingat. Takper, nanti aku update.
Nama glamour: Kak ina, wak ina.
Bilangan anak: 3 orang (4 lelaki 1 perempuan).

Kalau tak salah tilikkan aku, yang ni pun dah tutup kilang.
Hahhahaaaa..........



KELUARGA KAK ANI.

Kak Ani & Abg Ali

Anak keempat.

Nama sebenar: Siti Anizah
Nama glamour: Kak ani, wak ani.
Nama suami  : Sazali
Nama glamour: Wak ali, abg ali.
Bilangan anak: 4 orang (2 lelaki 2 perempuan).


Yang ni keluarga seimbang. Dah rasmi memang tutup kilang.
;)


KELUARGA KAK YAH.


Kak Yah & Abg Shahru

Anak pertama dari mak yang sekarang ni.

Nama sebenar: Siti Azurah
Nama glamour: Kak yah, cik yah, zura, shazura, sumer yang ada nama zura tu dia punya nama glamour (hahahhhahaa).
Nama suami  : Shahru Hasimin
Nama glamour: Abah Mie, shahru, cik mie.
Bilangan anak: 4 orang (4 perempuan).


Yang ni keluarga pasaran saham. Mana tidaknya, semua perempuan. Cer kira kalau orang masuk meminang. Kalau mak nyer dulu RM **** (tahun 2000 tu), bayangkan ler 20 tahun lepas tu.
Bijak...Bijak...
Bijak siti sifir betul lah..



KELUARGA ABG ZAM.


Anak kedua.

Nama sebenar: Mohd Nizam
Nama glamour: nizam, ijam, gemok, cik jam.
Nama isteri : Nazima
Nama glamour: auntie, shima, kak SS (syok sendiri) haahhaaha.
Bilangan anak: 4 orang (2 lelaki 2 perempuan).

Yang ni belum tutup production. Tengah berkira-kira lagi.
ngeehhhh..

Cer tengok gambo akak ipar aku. Pergh, macam artis tul. Gereekkkkk la,kak. Disebabkan tahun ni aku raya kat Banting, tak banyak gambo keluarga nak dipotretkan.


KELUARGA BAR'D.



Anak ketiga.

Nama sebenar: Mohd Nizamuddin
Nama glamour: bard, cik bard, pak uder, nizam (kat tpt kerja dulu)
Nama isteri : Norhanim
Nama glamour: Hanim, auntie anim, mak uder .
Bilangan anak: 3 orang (1 lelaki 2 perempuan).


Keluarga yang ini masih lagi beroperasi. Insyaallah, masih lagi dalam keadaan yang baik. Antara keluarga yang akan cuba menyamai atau memecahkan rekod anak paling ramai, Insyaallah.



KELUARGA PAIS





Anak keempat.

Nama sebenar: Mohd Kamal Arif
Nama glamour: pais, kamal, cik pais
Nama isteri : Nor Hasnah
Nama glamour: senah, hasnah, auntie senah
Bilangan anak: 2 orang (1 lelaki 1 perempuan).

Yang ni memang kaki longggggg journey. Selalu balik KEDAH.
Dah macam KL-NILAI je. Hidup kat atas jalan raya.
hahahahaahh...



KELUARGA IJOL.



Anak kelima.

Nama sebenar: Mohd Zul Hafiz
Nama glamour: Cik toi, ijol, zul
Nama isteri : Nooradawiyah
Nama glamour: ar'da
Bilangan anak: 2 orang (2 lelaki).

Ni pun jenis kaki looong journey. Rajin sesangat balik ke KEDAH. Tau la pakai kereta PERDANA. Sekali henjut, nun sampai perak nooo.
:)




KELUARGA AIN.




Anak keenam.

Nama sebenar: Siti Noraini
Nama glamour: Mak su, ain
Nama suami  : HAFIZ,tapi belum disahkan (skrg masih dlm PERHATIAN) hahahhaaaa....
Bilangan anak: Dijangka 4 orang. Ngeeeeeee.




Inilah antara orang-orang yang berjaya dikumpulkan di rumah HAJI SAIDON. Memandangkan tidak ramai yang balik disebabkan komitmen masing2 (cewah2x.....).
Insyaallah, kalau diizinkan ALLAH SW.T, Hari Raya 2013 kemungkinan besar semua anak2 dan cucu HAJI SAIDON akan berkumpul.



Syukran.....

Abah, Mak, Anak2 & Cucu.

Jumlah Keseluruhan Anak-anak HAJI SAIDON ialah 13 orang termasuk yang telah meninggal dunia (4 orang). Dan jumlah cucunya ialah 31 orang termasuk yang telah meninggal dunia (seorang).




Biar kita MISKIN harta, tapi KAYA dengan IDEA dan JIWA.
Biar kita MISKIN harta, tapi KAYA dengan TAQWA dan IMAN.







RAYA @ MUAR