Salam buat rakan blog dan para pelayar-pelayar internet. Rasa dah lama tak update blog aku ni. Dan aku nak berkongsi jadual aku pada 29 September 2012 yang lepas.
Bertempat di Hotel Royal Kuala Lumpur, kursus ini dibawah kendalian saudara MUHAMMAD IZWAN BIN IBRAHIM (Ki Teja Lintang Pertama) dengan dibantu oleh saudara Muhammad Fahmi Bin Mohd Shah serta ayahandanya iaitu saudara Mohd Shah Bin Abd Rahman.
Kat bawah ni aku 'curi' gambo diorang. Hahahaaaaa....
Mintak maaf banyak2 yer abg mat, fahmi dan saudara izwan.
|
Saudara Fahmi |
Saudara Fahmi bersama sifu Izwan. Jadi model ko yer, Fahmi. Takper, sebab kami ko jadi model banyak manfaatnya.
|
Abg Mat (Mohd Shah) |
Pergh..... abg mat. Dengan Imam Muda Asyraf. Ntah apa yang dibelek2 kan tu. Betul ke tu,bang. Beriya betul la si IM Asyraf tu. Hahahaaaaa...
Pendaftaran bermula 9.15 pagi, dan aku sampai lebih kurang pukul 9.25 pagi. Bukan disengajakan untuk datang lambat, tapi atas urusan keluarga yang aku kena selesaikan dulu.
Belum pun bermula, dah disuruh breakkfast dulu. Tapi aku cakap terus terang la, memang berbaloi la. Makan tak ingat. Dari breakfast ke lunch dan terus ke tea time, makan memang banyak. Sanggup tak sanggup jer korang nak mentekedarah. Tapi yang utama, diutamakan dahulu. Ilmu untuk merawat.
|
PUSAT RAWATAN ISLAM PANCARAN NUR. |
Seperti kebiasaan, sebelum memulakan sesi pembelajaran akan diberikan taklimat dan adab-adab semasa menuntut ilmu. Sesi penerangan ini dibuat oleh Saudara/Sifu/Ustaz Muhammad Izwan.
Antara adab-adab yang perlu diikuti atau yang perlu ada ialah :
- ADAB HATI
- ADAB TERHADAP GURU
- ADAB SEBELUM MAJLIS PENGAJIAN ILMU
- ADAB SEMASA MAJLIS PENGAJIAN ILMU
- ADAB SELEPAS MAJLIS PENGAJIAN ILMU.
|
Sesi teori |
|
Masing-masing tekun mendengar taklimat. |
|
Antara peserta kursus. |
|
Tgh blur skit bab merawat. Banyak nak kena ingat. |
|
Praktikal ALIN TELUR. |
|
En. Salman tengah mempraktikkan teknik untuk merawat. |
|
Eh.. Jangan jadi otromen yer,En. Salman |
|
Biasanya teknik untuk merawat yang jadi 'blur'. |
|
Makan time. |
|
Konon tgh discuss ler tu. |
|
Penganugerahan sijil kepada peserta. |
Alhamdulillah, sekitar jam 5.00 petang, tamat sudah pembelajaran bagi Kursus Rawatan Syifa' Pancaran Nur.